Layari smskp.edu.my untuk mengetahui perkembangan terkini SMSKP :)
![]() |
Logo rasmi SM Sains Kubang Pasu |
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu atau lebih dikenali sebagai KUPSIS merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dibina dalam pakej Rancangan Malaysia Ke-9. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terletak di Batu 19, Jalan Kodiang dalam Mukim Putat, Jitra, Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibina di atas tanah sawah berkeluasan 25 hektar, Mula dibina pada 11 Mac 2007 dan diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya bagi pihak Kerajaan kepada KPM pada 11 Mac 2009. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh ke-56 yang memulakan sesi persekolahan pada bulan Mei, 2009 selepas SMS Kepala Batas, Pulau Pinang.Dengan moto Sukses-Kreatif-Produktif serta slogan "Striving Together Towards Excellence", Sekolah Menengah sains Kubang Pasu diyakini akan berjaya menggalas visi, misi dan matlamat penubuhannya seperti Sekolah Berasrama Penuh yang lain, Insya-Allah
Sejarah
Pengambilan pertama pelajar berjaya dilakukan pada 12 Mei 2009. Sehingga hari ini, KUPSIS mempunyai 740 orang pelajar. KUPSIS memulakan sesi persekolahan dengan kehadiran 22 orang guru yang didatangkan khas dari SBP / SBPI seluruh negara dan sekolah menengah harian dan teknik yang lain serta dibantu oleh tiga orang staf sokongan iaitu :- Ketua Penyelia Asrama N22
- Pembantu Tadbir N11
- Pemandu R3
Dalam keadaan serba baharu, sekolah pada waktu itu masih belum mempunyai pasukan pengurusan yang sempurna, buat sementara waktu ia ditadbir-urus oleh seorang "care-taker" yang dilantik oleh pihak BPSBPK iaitu Tuan Haji Jaafar Bin Mohd Ramli dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra.
Beliau memainkan peranan utama menyedia dan mengurus segala keperluan keutamaan bagi sebuah SBP baharu. Pada 31 Julai 2009, Tuan Haji Jaafar Bin mohd Ramli kembali semula bertugas di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Pada hari berikutnya, datanglah beransur-ansur pasukan pengurusan sekolah iaitu :
- En Abdul Talib Bin Haji Sulaiman sebagai Penolong kanan Hal Ehwal Murid pada 1 Ogos 2009 yang datang dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.
- Encik Ahmad Shahbudin Bin Hj Ismail sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada 16 September 2009 yang datang dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.
- Pn Hajah Rafeah Binti Hashim sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada 1 Oktorber 2009 yang datang dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.
- Tuan Haji Ismail bin Ibrahim sebagai Pengetua Cemerlang pada 16 November 2009.
Dengan tibanya pengetua pada 16 November 2009, maka lengkaplah pasukan pengurusan sekolah.
![]() |
Guru-guru batch pertama SMSKP |
Lagu Sekolah
Berdiri megah di Bumi nan bertuah,
SMSKP nama sanjungan,
Sederap berpadu menggapai impian,
Bersama Menuju wawasan,
Kami pewaris nusa terbilang,
Satu bangsa satu budaya,
Pantang berundur di medan juang,
Sumpah keramat jadi pegangan,
Kami generasi cekap, gigih, berani,
Kami generasi mesra ICT,
Sukses, Kreatif, Produktif slogan bestari,
Misi sekolah kami sanjungi,
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu,
Penjana akademik terbilang,
Akhlak luhur dirangkul bersama,
Martabat bangsa pasti terjulang
Akhlak luhur dirangkul bersama,
Martabat bangsa pasti terjulang,
MARTABAT BANGSA PASTI TERJULANG.
Kemudahan Infrastuktur
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terdiri daripada satu blok pentadbiran / akademik yang terdiri daripada :
- Pusat Sumber Abdullah Munsyi
- Dataran perhimpunan
- Blok menengah atas dan menengah rendah
- Bengkel
- Makmal Sains
- Dewan serbaguna
Di bahagian asrama pula, dilengkapkan dengan:
- 1 dewan makan asrama
- Asrama blok putera 3 tingkat
- Asrama blok puteri 3 tingkat
- Surau Al-Itqaan
- Kantin
Bagi memeriahkan aktiviti sukan dan permainan, sekolah ini dilengkapi dengan:
- Padang bola berkeluasan 90m kali 70m
- balapan olahraga 400m
- padang hoki
- gelanggang bola keranjang
- gelanggang tenis
- gelanggang bola tampar
- gelanggang bola jaring
Di bahagian belakang sekolah pula, dilengkapi dengan:
- kuaters guru dan staf sokongan
- 1 unit banglo jenis C ( pengetua )
- 4 unit rumah teres dua tingkat jenis D ( penolong-penolong kanan )
- 1 flat tiga tingkat jenis F ( 12 warden )
- 6 unit rumah teres jenis G ( staf sokongan )
- garaj bas
- astaka
- taman permainan kanak-kanak
Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )
Atas kerjasama semua warga SMSKP yang berjaya menaikkan imej sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pada tahun 2013, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dengan rasminya telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Walaupun baru 4 tahun beroperasi, SMSKP telah membuktikan bahawa sekolah baharu juga boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sekolah lama yang lain. Sehingga kini, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terus melakar kejayaan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah juga di peringkat antarabangsa.
![]() |
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dianugerahkan gelaran SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) |
Penambahbaikkan Infrastruktur
Bermula pada tahun 2013, telah banyak penambahbaikkan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar dan guru bagi menaikkan semangat mereka untuk terus membawa nama SMSKP ke peringkat antarabangsa. Antara penambahbaikkan yang telah dilakukan adalah:
- Memasang penghawa dingin di Dewan Bitara
- Memasang penghawa dingin di Surau Al-itqaan
- Membina gelanggang hoki
- Membaiki kerosakkan di seluruh kawasan sekolah
- Menubuhkan Kelas Abad Ke-21
- Membina Speaker Corner di dataran sekolah
- Membina tangga yang menghubungkan dataran sekolah terus ke pejabat sekolah
- Mencantikkan dan menceriakan kawasan sekolah dan asrama
*Jika ada pelajar atau bekas pelajar yang mahu berkongsi kejayaan mereka sepanjang bergelar pelajar di SMSKP, anda dialu-alukan untuk menghantar gambar beserta penerangan kepada superalpha31@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan